Jerman muncul juara SOJC 2023

Jerman muncul juara SOJC 2023

Tunku Idris Iskandar berkenan menyampaikan piala kemenangan SOJC edisi ke-11 kepada pasukan Jerman. – Foto FB Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

JOHOR BAHRU – Jerman merangkul kejuaraan Kejohanan Hoki Antarabangsa Piala Sultan Johor (SOJC) 2023 selepas menewaskan Australia 3-1 menerusi penentuan pukulan penalti pada aksi final di Stadium Hoki Taman Daya di sini, malam ini.

Perlawanan final terpaksa ditentukan dengan pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam masa permainan sebenar.

Kejayaan pasukan kendalian Rein Van Eijk itu sekali gus menambah koleksi kejuaraan mereka buat kali kedua pada SOJC, selepas meraih kejayaan sulung pada edisi 2012.

Pada aksi yang berlangsung sengit malam ini, kedua-dua pasukan menampilkan corak permainan pantas dengan saling mengatur gerakan untuk mencipta jaringan, namun gagal menemui sentuhan penyudah sehingga ke wisel penamat.

Scroll to Top