
Mohd Yusoff – Foto Agensi
PASUKAN beraksi dalam saingan Liga M3 diingatkan supaya tidak mengambil mudah kepentingan mendapatkan lesen kelab kebangsaan yang diwajibkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) jika mereka berhasrat untuk bersaing dalam kancah Liga Super.
Pengerusi Liga Bolasepak Amatur (AFL), Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, ia bagi mengelakkan situasi sama dihadapi Imigresen FC (IFC) yang layak secara merit bermain di liga lebih kompetitif itu selepas menjuarai Liga M3, namun berdepan kekangan memenuhi kriteria ditetapkan.
“Pasukan Imigresen ini bergelar juara tapi mereka tak hantar permohonan lesen kelab kebangsaan. Ikutkan mereka sebenarnya dah layak namun isu pelesenan itu antara kriteria lain perlu dipenuhi.
“Ini seharusnya dijadikan pengajaran kepada pasukan yang tidak pernah terfikir untuk menjadi juara dan juga kepada kelab lain. AFL hanya menyediakan platform untuk mereka naik (bersaing di liga tertinggi),” katanya.



