Terbuka Malaysia: BAM tawar diskaun beli tiket

Terbuka Malaysia: BAM tawar diskaun beli tiket

Tiket perlawanan Terbuka Malaysia 2024 pada harga diskaun akan mula dijual pada jam 11 pagi Rabu ini. – Foto: BAM

PENYOKONG badminton negara berpeluang mendapatkan tiket-tiket Terbuka Malaysia 2024 yang dijadualkan berlangsung dari 9 hingga 14 Januari depan di Arena Axiata, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Tiket pada harga diskaun akan mula dijual pada jam 11 pagi Rabu ini.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM) berkata, satu kempen pembelian awal yang menyediakan diskaun kepada para penyokong yang mendapatkan tiket sebelum 15 Disember ini.

Badan induk badminton negara itu juga memaklumkan tiket langganan juga boleh diperoleh mulai 15 November ini kepada mereka yang mahu menikmati setiap detik perlawanan penuh aksi kejohanan Super 1000 tersebut.

Scroll to Top