Malaysia raih satu lagi tiket automatik ke Paris 2024

Malaysia raih satu lagi tiket automatik ke Paris 2024

Azizulhasni (kiri) dan Shah Firdaus menjadi taruhan negara untuk memburu podium pada Sukan Olimpik Paris tahun depan. – Foto Agensi (Gambar kecil: Abu Samah)

SELEPAS hampir pasti mengesahkan dua tiket ke Sukan Olimpik 2024 di Paris, Perancis menerusi acara trek, kem skuad berbasikal lebuh raya negara lebih awal dihadiahkan kuota slot berharga untuk beraksi pada temasya sukan terbesar di dunia itu pada tahun depan.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Abu Samah Abd Wahab mengesahkan sudah menerima pengesahan tentang tiket kelayakan ke Paris 2024 daripada Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) awal pagi Rabu.

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Pengurusan UCI dan Naib Presiden PKBM, Datuk Amarjit Singh menyampaikan berita gembira kemungkinan skuad berbasikal lebuh raya negara layak ke Sukan Olimpik 2024 pada mesyuarat Exco badan berbasikal kebangsaan itu dua minggu lalu.

Abu Samah berkata: “Kita sudah terima pengesahan daripada UCI. Cerita tentang skuad lebuh raya Malaysia dapat satu slot beraksi di Sukan Olimpik 2024 di Paris pun sudah keluar dalam laman web UCI. Ini bermakna sukan berbasikal Malaysia berada pada landasan yang tepat untuk terus maju.

Scroll to Top