
Pemain Harimau Malaya meraikan jaringan Dion Johan Chai Cools (dua dari kanan) pada perlawanan Kumpulan D bagi Kelayakan Piala Dunia 2026 dan Piala Asia 2027 di antara Malaysia menentang Kyrgyzstan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini. – Foto Bernama
SKUAD Harimau Malaya bangkit daripada ketinggalan untuk menundukkan Kyrgyzstan 4-3 dalam aksi sulung Kumpulan D Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Khamis.
Faisal Halim menjadi wira negara dengan gol kemenangan pada penghujung perlawanan memastikan Harimau Malaya meraih tiga mata berharga dalam perlawanan yang cukup dramatik.
Skuad negara kendalian Kim Pan-gon bermula garang apabila menekan dan mengasak Kyrgyzstan yang berada di ranking ke-97 dunia sebaik sahaja perlawanan dimulakan.
Hasilnya, tonggak pertahanan negara, Dion Cools berjaya membuka tirai jaringan pada minit keenam selepas menanduk sepakan sudut Matthew Davies.



