MOM desak menteri campur tangan

MOM desak menteri campur tangan

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) mendesak Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh untuk campur tangan dan menangani isu melibatkan Pesuruhjaya Sukan (PJS), Suhardi Alias yang tampak berterusan mengugut untuk mengambil tindakan terhadap badan induk tersebut di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997.

Setiausaha Agung Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Mohd Nazifuddin Najib berkata, pucuk pimpinan MOM menyifatkan kenyataan terbaharu Suhardi yang dikeluarkan pada 19 November 2023 sebagai di luar bidang kuasanya, khususnya apabila menyentuh prestasi dan pencapaian atlet di bawah naungan persatuan sukan kebangsaan (NSA).

“Kenyataan terbaharu Suhardi jelas menunjukkan apa yang tersimpan dalam lubuk hatinya, bahawa beliau ada niat untuk mengambil tindakan terhadap MOM di bawah Akta Pembangunan Sukan 1997 (Akta 576).

“Suhardi bukan sahaja enggan memohon maaf atas kata-kata beliau yang menyamakan MOM dengan Kerajaan Israel tetapi juga menyentuh pencapaian dan prestasi atlet di bawah naungan kami, sedangkan bidang kuasa PJS terhad kepada perundangan berkaitan pendaftaran dan pembatalan atau penggantungan badan sukan yang berdaftar di bawah Akta 576.

Scroll to Top