
Perancang Harimau Malaya, Paulo Josue (tengah) diasak pemain Taiwan dalam aksi di Stadium Municipal Taipei pada Selasa lalu.
SKUAD Harimau Malaya harus mengekalkan momentum cemerlang selepas meraih kemenangan ke atas Kyrgyzstan dan Taiwan dalam aksi Kumpulan D Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.
Jurulatih berpengalaman, Irfan Bakti Abu Salim berkata, Harimau Malaya tampil dengan persembahan terpuji dalam kedua-dua aksi tersebut sehingga membuka peluang buat mereka mara ke pusingan ketiga.
Namun, beliau menegaskan, perjalanan anak-anak buah Kim Pan-gon itu masih panjang dalam misi mereka mencipta sejarah melayakkan diri ke pentas Piala Dunia 2026.
“Pasukan negara sudah mengumpul enam mata dan ‘separuh jalan’ lagi untuk mendapatkan 12 mata minimum. Saya rasa ia tidak mustahil walaupun lawan kita akan datang ialah Oman.



