Haaland cipta rekod, Liverpool ikat City

Haaland cipta rekod, Liverpool ikat City

Haaland (dua dari kiri) melepaskan rembatan ke arah gawang Liverpool dalam aksi EPL di Etihad sebentar tadi.

LIVERPOOL membawa pulang satu mata berharga apabila berjaya mengikat Manchester City dengan keputusan seri 1-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad sebentar tadi.

Jaringan menerusi tonggak pertahanan, Trent Alexander-Arnold pada minit ke-80 sudah cukup buat Liverpool memadam gol pendahuluan City yang dihasilkan penyerang berbisa, Erling Haaland.

Sebelum pertembungan kedua-dua pasukan yang berada di tangga teratas EPL itu, Haaland dan bintang Liverpool, Mohamed Salah masing-masing mengejar rekod tersendiri.

Haaland memburu rekod selaku pemain terpantas menjaringkan gol ke-50 di pentas EPL, manakala Salah pula memburu rekod pemain terpantas menjaringkan gol ke-150 dalam saingan liga domestik Inggeris itu.

Scroll to Top