Rekaan terbaik 11 negara

Rekaan terbaik 11 negara

nurul_husna@hmetro.com.my

KEUNIKKAN barangan kemas dikeluarkan Malabar Gold & Diamonds (Malabar) adalah terletak pada reka bentuk yang lebih versatil dan pelbagai.

Mana tidaknya koleksi barang kemas Malabar di sembilan cawangannya termasuk yang baru dibuka di Ampang Point, Ampang Selangor baru-baru ini adalah rekaan terbaik dari 11 negara.

Menurut Ketua Pembangunan Perniagaan Malabar Malaysia, Yasheedah Yashaiya, jenama Malabar yang berasal dari Kerala, India itu, memiliki lebih 335 kedai di serata dunia.

Pengalaman selama 30 tahun seiring dengan reputasi Malabar pemilik empayar perniagaan barang perhiasan keenam terbesar di dunia sekali gus menjadikan jenama itu sangat memahami dengan cita rasa setiap pelanggannya termasuklah dari Malaysia.

“Bagi pelanggan tempatan terutama berbangsa Melayu, ada rekaan khas bagi koleksi emas dan berlian memenuhi cita rasa mereka.

“Seperti sebahagian daripada koleksi The Mine, perincian berupa berlian unik bersama potongan rantai panjang antara yang menjadi tumpuan.

“Begitu juga untuk perhiasan emas dari koleksi Bella yang menampilkan rantai panjang dan ringan antara produk popular menambat hati peminat barangan kemas tempatan,” katanya.

Tambahnya ketika ditemui dalam majlis pelancaran cawangan terbaru itu, penawaran lain yang unik dalam pembelian barang perhiasan Malabar ialah polisi ‘Janji Malabar’ dipraktiskan pihaknya.

“Satu perkhidmatan atau tawaran eksklusif hanya untuk pembeli barangan kemas Malabar ialah polisi Janji Malabar.

“Ia membabitkan pembelian semula atau nilai tukaran baik barang perhiasan emas atau berlian dengan kadar 100 peratus.

“Begitu juga dengan servis barangan yang menjamin setiap berlian dijual telah disahkan oleh IGI dan GIA, harga telus dengan menunjukkan berat batu, berat bersih, caj batu serta nilaian terbaik dalam setiap pembelian semula dilakukan,” katanya.

Sementara itu Ketua Cawangan Malabar Malaysia, Nijeesh P berkata, pihaknya turut merancang pembukaan cawangan baru di Bangsar, Johor Bharu dan Aeon Mall Kuala Lumpur dalam masa terdekat bagi memperkukuhkan jenama itu dalam pasaran tempatan.

Selain di Malaysia, Malabar memiliki rangkaian kedai barangan kemas di Singapura, India, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Arab Saudi, Bahrain, Kuwait, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top