CRISTIANO Ronaldo menunjukkan reaksi kecewa selepas Al-Nassr tewas, 0-3 kepada Al-Hilal dalam aksi Liga Pro Saudi pada Sabtu.
Ronaldo yang memulakan perlawanan bersama bekas penyerang Liverpool, Sadio Mane gagal menjaringkan gol dalam perlawanan tersebut.
Al-Hilal pula yang beraksi di halaman sendiri ternyata cukup tajam menerusi dua gol daripada Aleksandar Mitrovic dan satu gol daripada Sergej Milinkovic-Savic.
Penyokong Al-Hilal juga melaungkan nama Lionel Messi untuk menyindir Ronaldo di Stadium Antarabangsa King Fahd.