Everton lega dapat tiga mata berharga

Everton lega dapat tiga mata berharga

JURULATIH Everton, Sean Dyche boleh menarik nafas lega apabila pasukannya meraih kemenangan pertama sejak dipotong 10 mata setelah membenam Nottingham Forest 1-0 dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi Ahad.

Pemain sayap, Dwight McNeil memacu kemenangan Everton menerusi jaringan tunggal pada minit ke-67 untuk mengutip tujuh mata dan memanjat ke tangga ke-18 liga.

Everton disifatkan oleh Dyche terpaksa bermula semula dari bawah susulan kesalahan melanggar peraturan Financial Fair Play (FFP).

“Ia adalah satu langkah ke arah yang betul tetapi masih banyak lagi langkah yang perlu diharungi.

Scroll to Top