Liverpool bawa pulang tiga mata dari Selhurst Park

Liverpool bawa pulang tiga mata dari Selhurst Park

Salah meraikan jaringan bersama Curtis Jones selepas meledak gol penyamaan untuk Liverpool di Selhurst Park. – Foto AFP

LIVERPOOL memanfaatkan sepenuhnya kekurangan Crystal Palace yang beraksi dengan 10 pemain pada penghujung separuh masa kedua untuk melakar kemenangan, 2-1 dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Selhurst Park, pada Sabtu.

The Eagles tampil lebih garang pada separuh masa kedua memimpin perlawanan menerusi jaringan Jean-Philippe Mateta pada minit ke-57.

Namun angkatan Jurgen Klopp mula agresif sebaik sahaja pemain sensasi pasukan tuan rumah, Jordan Ayew dilayangkan kad merah pada minit ke-75.

Penyerang, Mohamed Salah tampil lebih bertenaga apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-76 untuk mengikat permainan 1-1 bagi memulakan kebangkitan The Reds.

Scroll to Top