Pasangan warga emas maut dibunuh anak sendiri

Pasangan warga emas maut dibunuh anak sendiri

KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sepasang suami isteri maut dibunuh anak kandung mereka di rumah mereka di Kampung Sungai Penchala di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8 malam itu, berlaku pertengkaran di antara anak lelaki mereka berusia 40-an dengan pasangan berkenaan.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, mayat pasangan warga emas berusia 72 dan 82 tahun terbabit ditemukan terbaring berlumuran darah di ruang tamu rumah.

“Susulan kejadian itu, suspek melarikan diri di kawasan hutan berhampiran rumah mereka.

“Justeru, gerakan mencari suspek giat dilakukan dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.-UTUSAN

Scroll to Top