SKUAD Polis Diraja Malaysia (PDRM FC) yang masih segar dengan status juara Piala Cabaran buat kali pertama dituntut mengekalkan momentum positif apabila melayan kunjungan kelab tercorot Kelantan FC dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad
Malah, pengendali The Cops, Datuk Ahmad Yunus Alif mengingatkan kelab yang menduduki tempat kelapan liga itu tidak memandang rendah keupayaan The Red Warriors (TRW) yang bergelut dengan masalah prestasi musim ini.
Tegas Yunus yang juga bekas pemain tengah Harimau Malaya era 78 hingga 87 itu percaya anak buah Alfredo Angel Vera mampu menghadirkan kejutan sekiranya The Cops mengambil sikap sambil lewa dalam perlawanan tersebut.
“Saya ingatkan pemain untuk lebih berdisiplin dalam perlawanan ini biarpun berdepan pasukan Kelantan FC.



