Pelakon popular Sharnaaz Ahmad berkongsi video percutian bersama kekasihnya, Amelia Christie dan bekas isteri Noor Nabila serta anak lelakinya, Jebat Jayden Ahmad sehingga meraih pujian ramai.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sharnaaz memuat naik satu video memaparkan dia sedang bersiar-siar di Tokyo, Jepun bersama Amelia, Nabila dan Jebat.
Pada mulanya, video berdurasi 23 saat itu memaparkan Jebat sedang memegang tangannya sebelum melepaskan lalu berjalan ke arah Nabila.

Kanak-kanak berusia lima tahun tersebut kemudian memeluk ibunya seketika sebelum berjalan ke arah Amelia bagi memeluk kekasih baharu bapanya pula.

Menerusi video itu juga, mereka dilihat sangat gembira dengan meluangkan masa bersama selain terhibur dengan telatah Jebat.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Sharnaaz dan Nabila yang mengutamakan anak mereka walaupun sudah lama berpisah.
Respek kat korang!

Bertuahnya Jebat….

Dalam pada itu, ada juga netizen mencadangkan kepada ibu bapa yang sudah bercerai supaya mencontohi tindakan pasangan berkenaan.
Tolong contohi mereka!

Banyak benda kita boleh belajar dari video ni….

Namun begitu, terdapat juga segelintir individu meninggalkan nasihat kepada netizen yang mahu Sharnaaz dan Nabila kembali bersama untuk menghormati perasaan Amelia.
Hormat perasaan orang lain!

Sementara itu, menerusi satu InstaStory, Amelia juga memuat naik video memaparkan dia sedang berjalan bersama Nabila lalu mencapai tangan dan memegangnya. Perkongsian tersebut turut dikongsi semula oleh Sharnaaz dan Nabila.

Untuk rekod, Sharnaaz pernah mendirikan rumah tangga bersama Nabila pada Mac 2017 namun bercerai tiga tahun selepas itu. Menerusi perkahwinan tersebut, pasangan itu telah dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat yang kini berusia lima tahun.
Sumber: Instagram Sharnaaz Ahmad & Amelia Christie




