Saya mahu jadi ‘the first Jojo’, bukan ‘the next Rodtang’ – Johan

Saya mahu jadi ‘the first Jojo’, bukan ‘the next Rodtang’ – Johan

SELEPAS mencatatnya kemenangan ‘knockout 36 saat’ ke atas Edgar Tabares, Sabtu lalu, Johan ‘Jojo’ Ghazali kini mendapati dirinya semakin dibandingkan dengan jaguh Muay Thai terkenal dari Thailand, Rodtang Jitmuangon.

Meskipun berbesar hati dengan perbandingan tersebut, petarung sensasi muda negara itu berkata, dia tidak mahu diingati sebagai ‘Rodtang seterusnya’ (the next Rodtang), sebaliknya mahu menjadi ‘Jojo yang pertama’.

“Pada mulanya memang ‘cool’, orang panggil saya ‘Rodtang Melayu.’ ‘Cool’ bila disebut setaraf dengan salah seorang idola saya.

“Tetapi saya tidak mahu diingati sebagai Rodtang seterusnya… saya mahu diingati sebagai ‘Jojo yang pertama’, Johan Ghazali yang pertama.

“Jadi, saya bersyukur. Saya berbesar hati… bukan (bermaksud) berada pada tahap yang sama dengannya (Rodtang), tetapi disebut dengannya. Tetapi ya, saya mahu menjadi diri saya sendiri,” katanya seperti dipetik di laman onefc.com.

Scroll to Top