Mat Rock pacu nama Malaysia pada RFC Grand Final 2023

Mat Rock pacu nama Malaysia pada RFC Grand Final 2023

Mat Rock 4×4 (Team 114) merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia muncul juara kategori Jentera Pengeluaran Standard.

PENGALAMAN bertanding bersama para peserta antarabangsa pada kejohanan RFC Grand Final 2023 membuatkan Mohd Rezuan Kihi dan Mohd Ismail Alias lebih bersemangat untuk menyertai cabaran kenderaan pacuan empat roda pada masa akan datang.

Lebih menarik, Rezuan dan Ismail yang mewakili pasukan Mat Rock 4×4 (Team 114) merupakan satu-satunya pasukan dari Malaysia yang memenangi hadiah utama pertandingan itu apabila muncul juara kategori Jentera Pengeluaran Standard.

Dalam pertandingan yang diadakan di Perak pada 1 hingga 11 Disember lalu itu menyaksikan Konev Sergey dan Blinov Dmitrii dari Rusia (Team 150) dinobatkan sebagai juara keseluruhan selain turut memenangi Kategori Jentera Prototaip.

Selain itu, Kategori Pengeluaran Diubahsuai dimenangi Aleksei Filiar dan Denis Kupriianov dari Rusia (Team 102).

Scroll to Top