Selangor bukan pasukan biasa-biasa

Selangor bukan pasukan biasa-biasa

Selangor mengakhiri saingan Liga Super di kedudukan kedua sekali gus menyambar slot ke saingan Asia musim 2024.

TAN Cheng Hoe menyifatkan tugasan mengendalikan pasukan berprofil tinggi Liga Malaysia (Liga-M) seperti Selangor FC merupakan satu cabaran besar setiap individu bergelar jurulatih.

Namun menurut bekas pengendali skuad kebangsaan dan Kedah itu, dia menyahut cabaran mengendalikan The Red Giants sebagai motivasi diri dengan tekad mengembalikan semula era kegemilangan pasukan tersebut.

“Memang apabila pengurusan Selangor FC menawarkan tanggungjawab mengendalikan pasukan ini merupakan satu cabaran yang besar.

“Bukan sahaja daripada pihak pengurusan tetapi juga dalam kalangan penyokong-penyokong Selangor itu sendiri yang mahu melihat pasukan ini kembali berada pada tahap terbaik.

Scroll to Top