
Luqman Hakim bercakap kepada pemberita sebelum berlepas dari KLIA ke Shanghai, China hari ini untuk aksi persahabatan antarabangsa. – Foto Bernama
PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsudin tidak menolak kemungkinan akan beraksi bersama kelab lain musim depan secara pinjaman.
Menurut Luqman Hakim, dia masih lagi beraksi bersama KV Kortrijk dan mempunyai kontrak setahun bersama kelab Belgium itu.
“Perancangan saya sekarang ini, sebelum ini ke Iceland dan selepas kelayakan Piala Asia B-23 saya terus pulang ke Kortrijk. Sekarang ini saya masih bermain bersama mereka.
“Perancangan saya masih bersama Kortrijk, tetapi insya-ALLAH pada bulan Januari nanti mungkin ada perubahan.


