
Muhammad Nur Azfar (kanan) kini menjadi pemain Perak FC musim hadapan. – Foto Facebok PERAK FC
IPOH – Perak FC berjaya mendapatkan pemain tengah pasukan kebangsaan bawah 23 tahun, Nur Azfar Fikri Azhar bagi mengharungi Liga Malaysia musim depan.
Perkara itu diumumkan sendiri pihak pengurusan pasukan menerusi laman sosial Perak FC pada Sabtu.
Muhammad Nur Azfar sebelum ini pernah mencipta sensasi selepas meledak gol kemenangan skuad bawah 23 negara ke atas Thailand dalam aksi pertama kumpulan ketika kejohanan Sukan SEA tahun 2021.
“Pemain Tengah, Azfar Fikri sah menjadi milik Perak FC bagi musim 2024/2025.
“Kaka sebelum ini pernah menjadi hero bagi pasukan Malaysia bawah 23 tahun dan kini menjadi taruhan terbaru skuad The Bos Gaurus.



