Peruntukan RM1.5 juta: PKBM yakin ada sinar menanti skuad lebuh raya

Peruntukan RM1.5 juta: PKBM yakin ada sinar menanti skuad lebuh raya

Norazman. Laporan Sinar Harian

PERSEKUTUAN Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) yakin ada sinar menanti buat skuad lebuh raya negara berhubung peruntukan RM1.5 juta yang ditarik oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada 2013.

Pengerusi Jawatankuasa Berbasikal Lebuh Raya PKBM, Norazman Abu Samah berkata, perkara itu telah dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kerja bersama badan induk sukan berkenaan, baru-baru ini.

“Jadi bila kami bentangkan dalam mesyuarat itu, Timbalan Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Arrifin Mohd Ghani memberi satu respons positif untuk membantu walaupun tak sepenuhnya, secara berfasa. Kita juga diminta untuk menulis surat kepada KBS berhubung perkara itu.

“Insya-ALLAH kita akan jumpa menteri sendiri nanti… saya akan cuba tuntutlah, macam saya kata sebelum ini basikal lebuh raya adalah berbeza daripada acara trek, basikal bukit (MTB) mahupun gaya bebas yang berada di bawah persatuan sendiri,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Scroll to Top