Jutawan Britain beli 25 peratus pegangan dalam Manchester United

Jutawan Britain beli 25 peratus pegangan dalam Manchester United

Sir Jim Ratcliffe bersetuju membeli 25 peratus pegangan dalam Manchester United dengan harga kira-kira £1.03 bilion. – Foto: Reuters

JUTAWAN Britain, Sir Jim Ratcliffe bersetuju membeli 25 peratus pegangan dalam Manchester United dengan harga kira-kira £1.03 bilion.

Dengan pembelian itu, Kumpulan Ineos milik Ratcliffe akan mengawal operasi bola sepak kelab itu.

Individu berusia 71 tahun itu juga akan menyediakan £236 juta untuk pelaburan masa depan ke dalam stadium Old Trafford kelab itu.

Pengumuman itu dibuat 13 bulan selepas pemilik kelab, keluarga Glazer, menyatakan mereka sedang mempertimbangkan untuk menjualnya bagi “meneroka alternatif strategik”.

Scroll to Top