Di Malaysia, Resort World Genting menjadi pusat utama bagi para penggemar aktiviti pertaruhan untuk mencuba nasib. Kasino ini juga merupakan satu-satunya pusat operasi kasino berlesen di Malaysia sejak tahun 1963.
Walau bagaimanapun, tidak semua penggemar aktiviti pertaruhan dan perjudian dapat meluangkan masa bertaruh di kasino tersebut. Dalam era digital kini, mereka lebih cenderung mencari alternatif yang lebih mudah seperti pertaruhan sukan dalam talian dan aplikasi mudah alih.
Kebanyakan aktiviti perjudian dan pertaruhan sukan atas talian ini juga dimiliki oleh syarikat antarabangsa dan dihoskan menerusi laman web antarabangsa di luar Malaysia. Malah, Resort World Genting yang merupakan satu-satunya kasino berlesen di Malaysia tidak mempunyai kasino dalam talian atau menganjurkan pertaruhan dalam talian.
Hal ini membuatkan ramai orang tertanya-tanya, adakah kasino dalam talian diharamkan di Malaysia? Secara ringkasnya, kasino dalam talian menyalahi undang-undang dan Akta Judi di Malaysia sama seperti sebarang aktiviti pertaruhan sukan dan perjudian atas talian.
Untuk merungkai persoalan ini dengan lebih lanjut, kita perlu mengetahui undang-undang dan akta perjudian yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia.
Undang-Undang Dan Akta Perjudian di Malaysia
Aktiviti pertaruhan dan perjudian di Malaysia tertakluk di bawah beberapa akta yang telah digubal oleh Kerajaan Dalam Negeri (KDN) dan dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia. Antaranya ialah:
Akta Loteri 1952
Aktiviti pertaruhan mula dikenali di Malaysia sewaktu kedatangan pedagang China pada awal abad ke-19. Pertaruhan yang dianjurkan hanya dalam skala kecil dan berunsurkan permainan tradisional dan judi sabung ayam. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, aktiviti perjudian tidak disekat. Sebagai contoh, Skim Judi Terbesar di tanah Melayu yang dikenali sebagai Loteri UMNO 1951 menjual hamper 200,100 tiket loteri.
Walaupun skim loteri tersebut bertujuan meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu, wujudnya pelbagai tentangan daripada ahli politik dan agamawan. Bagi membendung masalah sosial dan ketagihan judi, kerajaan akhirnya merangka akta pertama bagi sebarang aktiviti berunsurkan pertaruhan pada tahun 1953.
Akta Loteri 1952 bertujuan mengawal aktiviti pertaruhan di tanah Melayu. Ia juga melarang penyalahgunaan wang hasil jualan tiket loteri dan hadiah yang ditawarkan kepada pemenang. Setahun kemudian, kerajaan mengusulkan satu lagi akta yang lebih menyeluruh bagi mengawal kegiataan perjudian iaitu Akta Pertaruhan 1953.
Akta Pertaruhan 1953
Akta Pertaruhan 1953 melarang sebarang bentuk pertaruhan dan perjudian tidak kira dalam bentuk pertukaran wang ataupun barangan, melainkan aktiviti-aktiviti pertaruhan khusus yang dibenarkan oleh kerajaan Malaysia. Di bawah Seksyen 6 (1) Akta pertaruhan 1953 juga, mana-mana individu atau pihak yang menjalankan kegiatan perjudian haram boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari 6 bulan atau denda sehingga RM 5,000 atau kedua-dua sekalinya.
Undang-undang ini juga melibatkan pengharaman mana-mana individu daripada menjadi bookie haram bagi sebarang aktiviti pertaruhan yang tidak sah seperti pertaruhan sukan bola sepak, lumba kuda, dan sebagainya.
Di samping itu, aktiviti pertaruhan sukan dan perjudian dalam talian juga diharamkan di bawah akta ini. Malah, Resort World Genting yang merupakan satu-satunya kasino fizikal berlesen di Malaysia juga tidak mempunyai kebenaran daripada kerajaan untuk membuka kasino dalam talian.
Walau bagaimanapun, masih terdapat penggemar pertaruhan sukan yang terlibat dalam aktitiviti pertaruhan menggunakan laman web antarabangsa. Bagi membendung perkara ini, kerajaan turut aktif menyekat akses kepada laman-laman web pertaruhan tersebut.
Sekatan dan pengharaman judi dalam talian ini juga bertujuan membanteras laman-laman web haram yang berpotensi menjadi lubuk penipuan digital. Sebagai pengguna bijak, anda perlu berwaspada dan menyemak kesahihan laman-laman web antarabangsa yang berkonsepkan pertaruhan bagi mengelakkan kerugian yang lebih besar.
Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289)
Selain Akta Pertaruhan 1953, kerajaan Malaysia juga menguatkuasakan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289). Undang-undang ini mengharamkan sebarang penubuhan rumah-rumah judi terbuka, melainkan perniagaan judi berlesen seperti Syarikat Magnum 4D dan Sports Toto yang mempunyai berpuluh-puluh rangkaian kedai fizikal di seluruh Malaysia.
Akta ini turut memberikan pihak berkuasa hak untuk menyerbu dan menangkap individu yang membuka pusat perjudian tidak berlesen, berjudi di tempat awam, memiliki mesin judi, dan membeli tiket loteri haram. Di bawah Akta Rumah Judi Terbuka 1953, mana-mana individu yang ditangkap melanggar undang-undang ini boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 3 tahun dan denda antara RM3,000 dan RM 30,000 atau kedua-duanya sekali.
Enakmen Jenayah Syariah 1995 (Bahagian III)
Sebagai negara dengan majoriti penduduk beragama Islam, kerajaan telah melarang dan mengharamkan rakyat Malaysia yang beragama Islam daripada berjudi atau melakukan sebarang pertaruhan haram. Malah, Jabatan Agama Islam Malaysia telah menguatkankuasakan satu akta berkenaan perjudian di bawah Enakmen Jenayah Syariah 1995 (Bahagian III).
Menurut akta syariah ini, sesiapa yang beragama Islam boleh dipenjarakan tidak lebih dari 2 tahun atau didenda tidak melebihi RM 3,000 jika berjudi atau ditangkap berada di mana-mana pusat perjudian.
Status Kasino Dalam Talian Di Malaysia
Kesimpulannya, Akta Pertaruhan 1953 mengharamkan pertaruhan dan judi dalam talian, dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953 (Akta 289) mengharamkan penubuhan sebarang kasino dalam talian. Maka, tiada satu pun syarikat atau perniagaan yang dibenarkan untuk menjalankan dan menubuhkan kasino dalam talian di Malaysia.
Bagi penggemar pertaruhan sukan dan judi, mereka masih boleh meneruskan minat mereka hanya meneruis kasino fizikal berlesen dan kedai-kedai loteri yang sah sahaja.



