PPS ditutup, semua mangsa banjir di Sabah dibenarkan pulang

PPS ditutup, semua mangsa banjir di Sabah dibenarkan pulang

KOTA KINABALU: Dua pusat pemindahan sementara (PPS) banjir di Sabah ditutup hari ini dan kesemua mangsa banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Kedua-dua PPS di Daerah Kecil Paitan yang menempatkan 31 mangsa pagi ini, masing-masing dibenarkan pulang selepas keadaan banjir pulih sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Paitan, Joloning Joe Majambu dalam satu kenyataan berkata, kedua-dua PPS di daerah itu ditutup pada pukul 2 dan 4 petang ini.

Bencana banjir di Sabah bermula pada 26 Disember lalu berikutan hujan lebat berterusan di kawasan pantai timur Sabah. – UTUSAN

Scroll to Top