
Safawi Foto: Facebook FAM
SAFAWI Rasid menyifatkan penyenaraiannya semula dalam skuad 26 pemain pasukan bola sepak kebangsaan ke cabaran Piala Asia Qatar 2023 peluang terbaik membuktikan sentuhan penyudah masih berbisa.
Malah, pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu mengakui rakan sepasukan lain juga teruja membuktikan kemampuan masing-masing untuk melepasi pusingan 16 temasya terbesar bola sepak Asia berkenaan.
“Sesungguhnya pusingan akhir Piala Asia adalah pentas tertinggi yang saya akan gunakan sebaiknya sekiranya kalau diberikan kepercayaan beraksi coach Kim Pan-gon.
“Dan semua pemain saya percaya dalam hati bertekad untuk bermain sebagai satu unit tak kisah siapa main, siapa tak main, janji kita nak dapat untuk melayakkan ke pusingan seterusnya.



