Jiwa Ancelotti kekal di Santiago Bernabéu

Jiwa Ancelotti kekal di Santiago Bernabéu

Carlo Ancelotti – Foto: Reuters

CARLO Ancelotti melanjutkan perkhidmatannya bersama Real Madrid hingga Jun 2026 di Stadium Santiago Bernabéu sekali gus menyisihkannya daripada menjadi ketua jurulatih pasukan bola sepak kebangsaan Brazil.

“Real Madrid dan Carlo Ancelotti telah mencapai persetujuan untuk melanjutkan kontraknya hingga 30 Jun 2026,” kata Real dalam satu kenyataan.

Pada Julai lalu, Ancelotti yang berusia 64 tahun dilaporkan bakal menjadi jurulatih asing pertama yang melatih Brazil dalam tempoh hampir 60 tahun apabila dia melihat kontraknya bersama Real tahun depan.

Konfederasi Bola Sepak Brazil telah menamakan Fernando Diniz sebagai pengurus sementara sebelum menjangkakan Ancelotti mengambil alih tugas untuk Copa America 2024.

Scroll to Top