Ular berbisa hentikan aksi tenis di Brisbane

Ular berbisa hentikan aksi tenis di Brisbane

Brisbane: Perlawanan kelayakan Antarabangsa Brisbane antara Dominic Thiem menentang pemain tuan rumah, James McCabe terhenti selama 40 minit selepas seekor ular berbisa merayap di tepi gelanggang.

McCabe baru sahaja menamatkan set pertama 6-2 menentang juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) 2020 dari Austria apabila reptilia itu dilaporkan seekor ular Coklat Timur — dilihat di antara wayar elektrik di sisi gelanggang di hadapan penonton.

Permainan dihentikan sehingga seorang penangkap ular tiba dan berjaya meletakkannya ke dalam beg.

Ular Coklat Timur mampu memberikan gigitan yang kuat dan racunnya boleh mengakibatkan lumpuh progresif dan pendarahan yang tidak terkawal, menurut laman web Muzium Australia.

Australia adalah negara yang mempunyai habitat 20 daripada 25 yang ular paling berbisa di dunia, tetapi kematian akibat gigitan jarang berlaku.

Thiem akhirnya memenangi perlawanan untuk bergerak dalam satu lagi aksi kelayakan.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top