
Muhammad Radhi (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada peserta Program New Year Kedah Half Marathon & Charity Ride 2024 di Stadium Darul Aman.
PERSATUAN Bola Sepak Kedah (KFA) selaku badan induk bola sepak negeri sedang berbincang dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC untuk menguruskan salah satu pasukan pembangunan di bawah kelab tersebut bagi musim 2024.
Naib Presiden KFA, Muhammad Radhi Mat Din berkata, persatuan itu akan mengambil alih pasukan belia ataupun presiden dalam usaha untuk memberikan tumpuan kepada bakat muda sekali gus dapat membantu meringankan beban kewangan KDA FC.
Menurutnya, perkara tersebut masih lagi di peringkat perbincangan dan beberapa perkara perlu diteliti oleh KFA dan KDA FC agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta Malaysian Football League (MFL).
“Kita dapat maklumat KDA FC dalam proses untuk mengurangkan bajet dan hal ini turut dilakukan oleh pasukan-pasukan lain termasuk JDT. Pada musim hadapan mungkin ekonomi sedikit berbeza dan pasukan-pasukan di negeri lain turut membincangkan perkara sama.



