najiy.jefri@hmetro.com.my
Kuala Lumpur: Kumpulan Al-Maqari diumumkan sebagai juara program Pentas Marhaban sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 pada pentas akhir yang berlangsung malam ini.
Keputusan itu turut menafikan kedudukan pesaing terdekatnya Al-Muhtadin, Qalbun Hadi dan Raudhatul Ashwaq untuk bergelar juara pada program yang bersiaran secara langsung dari Studio Pusat Penyiaran TV AlHijrah, di sini.
Kumpulan Qalbun Hadi dinobatkan sebagai naib juara dan membawa pulang RM25,000 berserta trofi.
Sementara itu, kumpulan Al-Muhtadin dan Raudhatul Ashwaq sekadar meraih hadiah saguhati dengan masing-masing membawa pulang RM10,000.
Tugasan akhir Pentas Marhaban dibahagikan kepada tiga iaitu marhaban dan rawi, penceritaan serta qasidah.
Program realiti yang disiarkan selama lapan minggu itu diadili sepenuhnya oleh juri tetap Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis atau lebih dikenali sebagai Along Gambus serta Ustaz Hasim Harun selaku juri jemputan.
Pemarkahan diberikan berdasarkan gaya persembahan, pakaian, lagu, solo dan harmoni.
Pentas Marhaban akhir turut dimeriahkan dengan persembahan kumpulan Rabbani dan Daqmie.
Selain dihoskan gandingan pengacara, Tilmiz Fahmi dan Syamsul Ghau Ghau.
© New Straits Times Press (M) Bhd
