
Dari kiri; Arrifin, Nagulendran, Abdul Rashid dan Jefri pada majlis penyerahan surat pelantikan. Foto MSN
MAJLIS Sukan Negara mengumumkan pelantikan Arrifin Mohd Ghani dan Jefri Ngadirin sebagai Timbalan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) berkuat kuasa pada Isnin.
Arrifin, 55, dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengkomersialan dan Pemasaran), manakala Jefri, 51, sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Sukan).
Arrifin yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) memulakan tugas di MSN pada 1995 sebagai Ketua Unit Hubungan Antarabangsa.
Beliau kemudian dilantik sebagai Ketua Unit Program Latihan Atlet pada 1998 dan Pengarah Cawangan Elit pada 2004.



