Choong Hann teruja kembali ke tanah air

Choong Hann teruja kembali ke tanah air

Choong Hann (kiri) bersama pemain perseorangan Hong Kong, Ng Ka Long ketika menentang pemain Jepun Kanta Tsuneyama pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia di Axiata Arena Bukit Jalil. – Foto: Bernama

BEKAS jurulatih badminton negara, Wong Choong Hann meluahkan rasa teruja dapat kembali ke tanah air setelah enam bulan berkelana di luar negara membimbing skuad kebangsaan Hong Kong.

Keluar dari zon selesa untuk mencurah ilmu, jurulatih berusia 46 tahun itu menggalas tanggungjawab untuk membimbing Ng Ka Long dan Lee Cheuk Yiu dalam Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil bermula pada Selasa.

Selepas lima tahun bersama skuad badminton negara, Choong Hann yang merupakan pengarah kejurulatihan perseorangan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) melepaskan jawatannya Jun tahun lalu.

Sasaran utama Choong Hann pada tahun ini adalah untuk membantu dua pemainnya meraih slot ke Sukan Olimpik Paris.

Scroll to Top