Daler Yusuf beri bayangan bakal timang anak kembar?

Daler Yusuf beri bayangan bakal timang anak kembar?

Aktor kacukan Uzbekistan, Daler Yusuf sekali lagi mencuri tumpuan orang ramai selepas memberi bayangan bakal menimang cahaya mata kembar.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Daler memuat naik gambar bersama keluarga kecilnya yang disertai dengan kapsyen dia bakal menjadi bapa kepada lima orang anak.

“Alhamdulillah dan insya-Allah akan menjadi ayah kepada lima orang anak,” tulisnya pada Rabu.

Sementara itu, dakwaan tersebut dikuatkan lagi apabila terdapat dua keping foto keputusan imbasan ‘ultrasound‘ yang dipegang oleh anak-anaknya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mempersoalkan sekiranya benar isteri Daler iaitu Sakinah Burikul akan melahirkan bayi kembar.

Kembar??

Alhamdulillah..

Wah bestnya!

Dalam pada itu, ada juga segelintir individu meninggalkan komen mengucapkan tahniah sambil mendoakan kesihatan keluarga pasangan tersebut.

Semoga ibu dan kandungan sihat-sihat je..

Saya doakan kekal bahagia hingga syurga

Tahniah Daler dan isteri!

Terdahulu, Daler dan isterinya mengumumkan bakal menimang cahaya mata keempat mereka pada tahun ini menerusi satu hantaran di Instagram.

Namun begitu, pengumuman terbabit telah mengejutkan ramai pihak kerana peminat beranggapan bahawa pelakon berusia 32 tahun itu masih bujang.

Malahan, pasangan itu sudah 10 tahun mendirikan rumah tangga dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu dua lelaki dan satu perempuan.

Sumber: Instagram Daler Yusuf

Scroll to Top