
Musa al-Tamari menyempurnakan penalti untuk gol kedua Jordan. – Foto AFP
KEKALAHAN 4-0 di tangan Jordan pada perlawanan pertama Malaysia dalam Kumpulan E, kempen Piala Asia bukalah keputusan yang dimahukan peminat Harimau Malaya.
Ini kerana berdasarkan prestasi semasa anak buah Kim Pan-gon dijangka untuk sekurang-kurangnya mengikat Jordan bagi meraih satu mata.
Aksi di Stadium Al Janoub itu dilihat lebih banyak dikuasai Jordan dengan tekanan dan larian pantas sehingga memerangkap pasukan negara yang turun dengan mentaliti menyerang.
Kekalahan ini menyebabkan Malaysia terperosok di tangga tercorot kumpulan, dengan Jordan berada di tempat pertama, manakala Korea Selatan di kedudukan kedua selepas membenam Bahrain 3-1 pada satu lagi aksi pada Isnin.



