Shereen yakin layak ke Paris 2024

Shereen yakin layak ke Paris 2024

Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (kiri) menyampaikan Insentif Pecah Rekod kepada Shereen Samson (tengah) pada Majlis Malam Anugerah Olahraga Malaysia di sebuah hotel pada Ahad. Foto Bernama

RATU trek negara dalam acara 400 meter (m), Shereen Samson Vallabouy yakin mampu meraih slot Sukan Olimpik Paris bermula Julai ini secara merit.

Keyakinan itu katanya berdasarkan kepada beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki sebelum tarikh akhir untuk layak ke temasya terbesar dunia tersebut.

Pemenang pingat gangsa Sukan Asia Hangzhou dengan masa 52.58 saat (s) itu hanya kurang dari satu saat lagi untuk layak ke Paris.

“Jarak masa untuk layak tak jauh. Jika saya memperbaiki larian dan mempertingkatkan ketahanan, saya boleh sampai ke tahap itu. Selebihnya biar Tuhan tentukan.

Scroll to Top