LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) telah menolak rayuan yang dikemukakan oleh Kelantan FC untuk memohon lesen kebangsaan sekali gus tidak dapat beraksi dalam saingan Liga Super musim depan.
Pengerusi Jawatankuasa Rayuan Pelesanan Kelab MFL, Mohamad Yasin Abdullah berkata, keputusan tersebut dibuat selaras dengan Artikel 3.4.4 yang termaktub di dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2023.
Ia sekali gus menyaksikan skuad pantai timur itu kemungkinan akan beraksi dalam saingan Liga M3 musim depan.
“Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL (AB) telah bermesyuarat semalam (16 Januari) dan membuat keputusan bahawa rayuan kelab Liga Super Kelantan FC untuk memohon Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025 adalah ditolak.


