Dalam hantaran itu, Benzema berkongsi pendapatnya bahawa rakyat Palestin merupakan mangsa ‘pengeboman yang tidak adil’ yang dilakukan oleh Israel sebagai tindakan balas terhadap serangan berdarah Hamas pada 7 Oktober.

Darmanin kemudiannya bertindak balas terhadap ciapan Benzema dengan mendakwa pemain itu mempunyai hubungan yang terkenal dengan Ikhwanul Muslimin iaitu sebuah kumpulan Islam Sunni yang berasal dari Mesir.