Corak permainan Malaysian Tigress bertambah baik

Corak permainan Malaysian Tigress bertambah baik

Antara aksi menarik perlawanan Malaysia menentang Korea Selatan di Valencia pada Khamis. Foto MHC

PENGENDALI skuad hoki wanita negara Mohd Nasihin Nubli Ibrahim menyifatkan corak permainan Malaysian Tigress mempamerkan peningkatan yang baik dalam kempen kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024.

“Saya harus memberi pujian kepada pemain-pemain kerana telah memberikan satu persembahan yang amat baik terutamanya pemain senior dan dibantu oleh pemain-pemain muda.

“Dapat dilihat pasukan Korea amat sukar untuk menembusi bahagian pertahanan kami dan kami turut berpeluang untuk melakukan serangan serta mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

“Sedikit kelekaan yang berlaku dalam separuh masa kedua menyebabkan Korea berjaya menjaringkan gol. Beberapa kekurangan yang telah dikenalpasti perlu diperbaiki terutamanya menjelang perlawanan terakhir tempat ketujuh dan kelapan.

Scroll to Top