Tekanan tinggi Jepun bikin Indonesia terkedu

Tekanan tinggi Jepun bikin Indonesia terkedu

PENGENDALI Indonesia, Shin Tae-yong mengakui tekanan tinggi diberikan Jepun merupakan punca skuad Garuda tewas 1-3 kepada Samurai Biru dalam perlawanan terakhir Kumpulan Kumpulan D Piala Asia Qatar 2023.

Malah, pengendali dari Korea Selatan itu menyifatkan gaya permainan anak buah Hajime Moriyasu menyukarkan pemain-pemainnya mencipta percubaan dalam perlawanan tersebut.

“Strategi serangan cepat dan tekanan tinggi Jepun menyukarkan pergerakan pemain-pemain Indonesia.

“Saya tidak nampak kami mampu mengembangkan permainan kerana lawan tampil agresif.

Scroll to Top