
Derrick menerima sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400 dihadiahkan oleh Ketua Pegawai Esekutif Modenas Roslan Roskan. – Astro AWANI
PENYOKONG Harimau Malaya yang tular di media sosial Derrick Gan dikejutkan dengan penyampai 3 Pagi Era, Radin sejurus tiba di lapangan terbang KLIA.
Derrick menerima sebuah motor skuter Modenas Karisma bernilai RM5,400 dihadiahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Modenas Roslan Roskan.
“Saya tidak menyangka menerima sebuah motosikal skuter selepas pulang daripada menonton perlawanan bola sepak di Doha antara Malaysia dan Korea Selatan.
“Saya akan gunakan skuter ini dengan sebaiknya dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Modenas dan juga radio Era yang menyambut kepulangan saya dengan penuh kejutan.



