
Anugerah terindah bagi setiap wanita yang berumahtangga sudah tentunya bergelar seorang ibu. Sebagaimana perkongsian usahawan Datin Ayu Roslan ini.


Datin Ayu pernah mengharungi enam kali rawatan IVF (persenyawaan in-vitro) demi memiliki zuriat. Pengalaman beberapa kali melalui proses IVF benar-benar menguji emosi dan fizikal Datin Ayu.
Bagai nyawa di hujung tanduk, Datin Ayu tabah menghadapi dugaan yang tak terduga itu.


“Ketika usia perkahwinan mencecah lima tahun, saya dan suami berusaha untuk mendapatkan zuriat. Kami berjumpa doktor dan diberikan ubat hormon. Usaha tak menjadi. Doktor meminta kami terus berdoa.
“Waktu itu memang rasa frust sangat. Kemudian kami berjumpa doktor lain pula. Saya disarankan untuk buat rawatan IUI (persenyawaan dalam rahim). Usaha ini pun gagal.”


Tanpa menunggu lama, Datin Ayu memaklumkan kepada doktor yang beliau mahu terus ke rawatan IVF.
“Ini usaha terakhir saya. First IVF saya tukar doktor. Rawatan IVF ini sebenarnya menggalakkan penghasilan telur. Hasil rawatan itu saya mendapat 29 telur. Tapi yang disenyawakan 21 telur, dan 14 saja di’frozen’kan. 14 telur ni gred A embrio. Ia ditransfer dan Alhamdulillah saya hamil. Happy sangat.


“Namun kegembiraan itu tak lama. Lepas 4 bulan saya turun darah. Saya buat semula rawatan IVF selepas 3 bulan. I prepared my body, buat transfer tapi yang ini hanya bertahan 5 minggu saja.”


Waktu itu Datin Ayu merasa sangat kecewa kerana merasakan proses itu terlalu sukar.
“Emosi pun terganggu sampai masa tu saya rasa macam nak bunuh diri pun ada. Berat badan naik, dunia pun terasa gelap. Saya duduk rumah saja tak jumpa orang. Kemudian, saya pergi homeopati, akupuntur untuk pulih.”


Dalam tempoh empat bulan, Datin Ayu dan suami membuat perancangan baru dan bertemu doktor lain.
“With the same embryo, saya buat lagi dan akhirnya mendapat kembar lelaki dan perempuan. Saya gembira sangat. Sampailah 6 bulan, saya alami pendarahan.


“Seminggu saya di labour room dengan keadaan kaki upside down. Masa tu saya rasa mungkin dah nak mati sebab kontraksi yang sangat kuat. Doktor kata saya kena berada dalam posisi begitu sampai bersalin.
“Bila bersalin, bayi perempuan meninggal dalam perut dan yang lelaki sempat hidup tapi tak lama.”


Masih tidak berputus asa, Datin Ayu meneruskan rawatan baru tetapi kali ini dengan satu embrio sahaja manakala rahimnya dijahit.
“Alhamdulillah kali ini sempat 37 minggu. Bayi dilahirkan secara pembedahan. Kali ke-4 IVF barulah saya dapat merasa menjadi seorang ibu.


“Pertama kali saya dipanggil Mommy. Sukar digambarkan perasaan saya ketika itu. Syukur sangat-sangat!”
KOS RAWATAN
Menurut Datin Ayu, kos rawatan ini bermula dalam lingkungan belasan ribu ringgit. Namun jika seorang wanita itu mempunyai masalah kesihatan contohnya cyst, kosnya mungkin berbeza.


“Tetapi sekarang dah banyak pusat-pusat IVF yang mendapat sokongan kerajaan. Insha-Allah, semoga doa pasangan-pasangan yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat dikabulkan,” doa Datin Ayu.
Kredit Foto: Instagram @allureayu

Pelakon jelita, Rita Rudaini meluahkan rasa terharu dan sebak apabila terpaksa berpisah dengan anaknya buat kali pertama selepas anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin,13, diterima masuk ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
Menerusi perkongsian video di laman Instagram, pelakon Mami Jarum itu dilihat menangis sewaktu memeluk erat Rayyan sambil menitipkan pesanan buatnya.
“Saya ibu yang normal. Rasa sakit, rasa pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tau derasnya airmata saya hari ini…


“Airmata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta, sayang dan rindu. Kami tidak pernah berenggang… Harini kami berjauhan…”
Ujar Rita, biarpun sedih hingga dadanya terasa sakit, namun dalam pada masa yang sama dia berasa sangat gembira dengan pencapaian hebat anaknya itu dalam pelajaran.




“Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada masa yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal, melangkah setapak lagi ke hadapan…
“Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kananmu 🤍 Fly high Airit Rayyan Rizqin,” coret pelakon kelahiran Perlis itu di laman sosialnya.
Sebagai rekod, Rita pernah mendirikan rumah tangga bersama pemain bola sepak JDT, Aidil Zafuan pada tahun 2008 sebelum bercerai pada September 2013.
Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin,13, dan Airit Qaqa Arjuna,11.

Jika orang lain berlumba-lumba muat turut foto bersama keluarga ketika meraikan Syawal pertama pada hari yang sama menyambut lebaran. Masing-masing teruja untuk berkongsi kegembiraan dengan sahabat handai di alam maya. Namun bagi penyanyi popular, Ziana Zain hanya muat turun foto seisi keluarganya berhari raya hanya pada raya ke enam.
Foto dia yang meraikan Syawal bersama empat orang anak-anaknya serta kedua ibu bapa kelihatan tersenyum gembira. Jelas terpancar kebahagiaan di wajahnya sementelah sebelum ini umum mengetahui dia telah bercerai dengan bekas suaminya tahun lalu.
Jadi Syawal tahun ini merupakan kali pertama pelantun lagu Madah Berhelah ini meraikannya dengan anak-anak sahaja tanpa kehadiran insan bergelar suami.
Kapsyen yang dimuat turun bersama foto berkenaan juga sangat ringkas. Tiada kata-kata meleret cukup sekadar ucapan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin serta menggunakan tanda pagar #syukorselalu.
ASSALAMUALAIKOM.. SLMT HARI RAYA AIDILFITRI DARI KAMI SEMUA MAAF ZAHIR DAN BATIN
#syukorselalu
Sebaik dimuat turut ramai yang bukan sahaja mengucapkan Salam Aidilfitri kepada mereka sekeluarga tetapi turut mengusik dua anak bujangnya, Muhammad Aiman 20 tahun dan Muhammad Ammar, 14 tahun, yang sudah semakin dewasa. Termasuk juga anak kembarnya, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 10 tahun.
iamwatzzsuperb Selamat hari raya kak G serta keluarga. Ensome nyer anak² teruna kak G nie xoxo
tymfatimah Handsome aiman dh beso
aisyahtan39 Kirim Salam pakzain n mak jah… Aiman .. Akmar endsome nya… Dah dewasa mrk… Rindu Aiman…
miza.mat Indah sangat… dah hensom semua.. kasih pun comel
kulitcantik.jaja.naliza Selamat hari raya Kak G sekeluarga. Hensemnya Aiman
Netizen juga turut simpati atas segala dugaan yang Ziana Zain alami sebelum ini. Menurut mereka, dalam hal ini keluarga tetap memainkan peranan dengan masih berdiri kukuh di sebelahnya walau apa terjadi.
syarriz_one Ya Allah sebak dan happy tgk pix ni. Salam Aidilfitri Maaf Zahir Batin kakakku
bedahyussof After all been through kak gee apa pun keluarga masih disisi amin .love u for that all this years penat lelah kerja MAS
adamiaairis Love u kak ziana..moga kehidupan akak bertambah bahagia dssmping anak2 dan ibubapa…dberkati ssn dlindungi allah hendaknya..
azilah3773 Waalaikumslm kakziana. Selamat hari raya maaf zahir batin buat kakziana anak2 dan keluarga. Kegembiraan akan terpancar bila lihat kegembiraan anak2 dan keluarga dihari yg mulia ini kan kak. Love you kak forever and ever
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ZIANA ZAIN





