‘Usah lagi fikirkan Piala Asia, fokus misi akan datang’

‘Usah lagi fikirkan Piala Asia, fokus misi akan datang’

Perjalanan skuad Harimau Malaya di pentas antarabangsa masih panjang dan berliku. Foto Bernama

KETIKA Piala Asia Qatar 2023 kian hangat berlangsung di Doha menuju ke saingan suku akhir, warga bola sepak tempatan sudah boleh mengambil sikap ‘bertenang’ untuk bersama-sama pasukan negara mencongak langkah ke depan agar skuad Harimau Malaya kekal relevan di pentas antarabangsa.

Penganalisis sukan, Zainal Abidin Rawop berkata, semua pihak termasuk para peminat wajar sedar bahawa kejayaan Malaysia mengikat Korea Selatan 3-3 sebagai sudah berlalu dan pengembaraan skuad Harimau Malaya masih berliku.

Malah beliau berkata, momen suka duka yang dipahat di Qatar perlu menjadi batu loncatan buat semua pihak bersama-sama membentuk skuad Harimau Malaya yang lebih ampuh menjelang tahun-tahun mendatang.

Scroll to Top