Polis selamatkan wanita kemurungan di Jambatan Sultan Abu Bakar

Polis selamatkan wanita kemurungan di Jambatan Sultan Abu Bakar

KUANTAN – Seorang wanita yang dipercayai mengalami tekanan perasaan akibat masalah kewangan berjaya diselamatkan polis selepas mahu membahayakan dirinya di Jambatan Sultan Abu Bakar, Pekan petang tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin, kejadian dilaporkan berlaku pukul 2.45 petang membabitkan seorang wanita berusia 25 tahun.

“Polis yang sampai ke tempat kejadian ketika itu berjaya memujuk dan menarik mangsa ke tepi seterusnya membawanya ke hospital untuk rawatan susulan.

“Hasil siasatan awal mendapati mangsa dalam keadaan kemurungan dan tekanan perasaan  kerana terlibat dalam satu kes komersil melibatkan jumlah wang hampir RM700,000,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin,

Jelas beliau, kes tersebut masih dalam siasatan pihak Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Mohd Zaidi dimaklumkan oleh keluarga mangsa, kejadian cuba mencederakan diri sendiri seperti itu bukan pertama kali dilakukan mangsa.

“Akibat kemurungan, mangsa yang bekerja sebagai peniaga itu juga dikatakan suka bersendirian dan hanya berkurung di dalam bilik.

“Buat masa ini mangsa masih dirawat di Wad Kecemasan Zon Kuning Hospital Pekan dan siasatan lanjut masih diteruskan,” tambahnya. – MalaysiaGazette

Scroll to Top