
Azizulhasni Awang. Foto fail Bernama
JAGUH berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang terlepas peluang untuk menambah kilauan pingat pada Kejohanan Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) di Adelaide, Australia hari ini apabila terpaksa menarik diri daripada acara pecut akibat simptom perikarditis.
Atlet berusia 36 tahun itu terpaksa meninggalkan saingan penentuan pingat gangsa berdepan pelumba tuan rumah yang juga juara dunia 2018 Matthew Glaetzer, selepas mengalami simptom itu usai pusingan separuh akhir.
Pocket Rocketman itu, yang merangkul emas dalam acara kegemarannya keirin semalam, berkata beliau dinasihati supaya menarik diri bagi mengelakkan terlalu membebani jantungnya.
“Meskipun (berdepan) cabaran-cabaran ini, ia adalah hari yang produktif selepas perlumbaan keirin semalam dan saya berikan yang terbaik dalam pecut hari ini. Saya berterima kasih atas sokongan dan keprihatinan semua pihak dan saya minta maaf kerana tidak dapat menghabiskan perlumbaan.



