
Harrif (kanan) dan Azizulhasni tidak akan luntur untuk berkayuh meskipun usia mencecah 36 tahun. Foto Facebook Harrif Saleh
PELUMBA Terengganu Cycling Team (TSC), Mohd Harrif Saleh mahu mengambil aura jaguh keirin negara, Datuk Azizulhasni Awang dalam melakar lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa.
Malah pakar pecut itu menyifatkan semangat mereka tidak akan pernah padam untuk berkayuh, biarpun usia sudah mencecah 36 tahun.
“Ambil semangat Datuk Pok Joe (Azizulhasni). Saya seusia dengannya umur sudah 36 tahun.
“Semangat kami tidak akan luntur untuk berkayuh dan dalam hati saya kita sentiasa positif,” katanya.