
S: Bagaimana caranya seorang wanita itu yang sudah berubah dan memilih untuk berhijab sepenuhnya agar kekal dalam istiqamah? Seterusnya dapat menjaga aurat dalam penampilan sebagai wanita Muslimah.


J: Ketaqwaan dalam ibadah kerana Allah SWT kadangkala terhalang sehingga menjadi tidak istiqamah. Istiqamah yang goyah disebabkan beberapa masalah yang menimpa seseorang. Contohnya, peraturan melarang memakai hijab atau tudung di tempat kerja. Ada juga yang sering dipandang sebagai ekstrem jika bertutup litup.
JIKA SEORANG WANITA TIDAK MAMPU MEMPERTAHANKAN KEYAKINANNYA, WANITA TERSEBUT TERPAKSA MENANGGALKAN HIJABNYA SEKALIGUS MEMBUKA AURAT. IA SATU PERKARA YANG SANGAT DITAKUTI IAITU PERLANGGARAN PERINTAH ALLAH. NAUZUBILLAH.
Umumnya, istiqamah bermaksud menempuh jalan yang lurus, tidak berpaling ke kanan mahupun ke kiri. Istiqamah juga bermaksud tetap patuh menjalani perintahNya dan menjauhi segala laranganNya. Di dalam berhijab pun kita dianjurkan untuk istiqamah.
Berikut panduan agar istiqamah dalam berhijab: –
Mengamalkan dua kalimat syahadah. Banyakkan belajar dan mengetahui ilmu tauhid tentang Islam. Sibukkan diri dengan belajar agama dan amalkan dalam kehidupan seharian. Insyaallah ilmu itu akan menjaga kita untuk tetap istiqamah.
Bergaul orang-orang yang soleh. Dengan menyertai kegiatan keagamaan membuatkan kita lebih yakin bahawa dengan berhijab dan menutup aurat. Tali persaudaraan juga lebih erat. InsyaAllah mudah mudahan ‘perjalanan’ kita mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.
Banyak berdoa. Doa adalah rasa percaya terhadap Allah SWT bahawa Dia akan memakbulkan doa itu. Sesungguhnya doa senjata mukmin.
Berusaha menambah ilmu agama. Contohnya membaca kisah-kisah orang soleh dan tentang agama Islam, serta ceramah-ceramah di media sosial yang membahas tentang keutamaan berhijab dan menutup aurat.


Membaca dan mengkaji Al-Quran. Membaca dan memahami Al Quran dapat meneguhkan hati orang-orang yang beriman. Seperti dijelaskan Allah SWT dalam Al-Quran surah An-Nahl ayat 102.
Tetapkan pendirian. Solat lima waktu, membaca Al Quran, melaksanakan ibadah sunnah seperti solat dhuha dan tahajud. Biar sekejap masa yang diambil tetapi konsisten. InsyaAllah, ia menjadikan kita semakin yakin dengan perubahan yang dilakukan.
Download seeNI sekarang!

Bagi penggemar kuih berintikan manisan pastinya menyukai buah Melaka. Buah Melaka atau Onde-onde sememangnya menjadi kesukaan pelbagai peringkat usia. Jika biasanya buah Melaka menggunakan daun pandan tapi apa kata sesekali ubah cita rasa menggunakan buah naga.
Sama ada dimakan pada waktu pagi atau petang, ia tetap membangkitkan rasa dan aroma enak apatah lagi sekiranya dinikmati bersama minuman panas.
Jom kita cuba resipi yang dikongsi oleh Juraini Mohd Zabidi ini.
BAHAN-BAHAN:
4 sudu besar tepung pulut
1 sudu besar tepung beras
1 biji buah naga – kisar dengan sedikit air
Gula melaka – potong kecil
1/2 biji kelapa muda parut – ambil bahagian putih sahaja
Sedikit garam – untuk gaul dengan kelapa parut
Sedikit air kapur
CARA MEMBUAT:
1.Bancuh tepung pulut dan tepung beras dengan buah naga yang telah siap dikisar.


2.Campurkan dengan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat di tangan.


3.Ambil adunan sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan gula Melaka yang dipotong kecil atau dihancurkan supaya ianya betul-betul cair semasa direbus.


4.Panaskan air di dalam periuk sehingga mendidih. Masukkan bebola tepung. Tunggu sehingga bebola timbul di permukaan air. Ini menandakan ianya telah masak dan sedia diceduk keluar.
5.Toskan. Golek-golekkan dengan kelapa parut yang telah siap digaul bersama sedikit garam.


6.Siap untuk dihidangkan.


Sumber kredit: Juraini Mohd Zabidi
Download seeNI sekarang!





