
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Datuk Razali Idris (lima dari kanan) menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian antara Mohd Sabri (empat dari kanan) dengan Zakaria (lima dari kiri) pada Majlis Perasmian Pembukaan Rimba Razia dan Majlis Menandatangani Penajaan Terengganu FC di Rimba Razia, Kampung Dusun, hari ini. Foto Bernama
PASUKAN bolasepak Terengganu FC (TFC) mendapat suntikan baharu menjelang aksi Liga Malaysia (Liga M) apabila menerima tajaan bernilai RM500,000 daripada Rimba Razia Petting Zoo bagi tempoh semusim.
Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Football Club Sdn Bhd (TFCSB), Mohd Sabri Abas berkata, selain penajaan berbentuk wang tunai, ia turut membabitkan tajaan tiga kenderaan pacuan empat roda untuk pasukan berkenaan.
Beliau berkata, penajaan itu bukan sahaja dapat melancarkan perjalanan dan pengurusan skuad Penyu, malah mengurangkan kebergantungan pasukan terhadap dana daripada kerajaan negeri.
“Setakat ini kita telah berjaya mengumpul kira-kira RM7 juta penajaan dalam bentuk tunai, barangan dan perkhidmatan daripada 23 syarikat.



