Skuad lelaki mara ke separuh akhir BATC 2024

Skuad lelaki mara ke separuh akhir BATC 2024

Sze Fei (kiri) dan Nur Izzuddin memberi mata kemenangan buat Malaysia ketiga menewaskan Singapura 3-1 dalam aksi suku akhir BATC di Shah Alam pada Jumaat. Foto Bernama

SKUAD badminton lelaki negara mara ke separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024 selepas menumpaskan Singapura 3-1 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di Shah Alam pada Jumaat.

Bagaimanapun sebelum meraih kejayaan tersebut, pasukan negara dirundung detik cemas apabila pemain perseorangan, Ng Tze Yong yang turun dalam permainan pertama terpaksa menarik diri selepas tiga minit beraksi menentang Jason Teh.

Ia susulan pemain berusia 23 tahun itu dipercayai mengalami kecederaan di bahagian belakang.

Perjuangan negara kemudian diteruskan oleh beregu Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang dipaksa bekerja keras sebelum menang 21-11, 22-24, 21-14 ke atas Loh Kean Hean-Wong Jia Hao untuk mengikat kedudukan 1-1.

Scroll to Top