
Faiq Bolkiah yang sedang dirawat di hospital menerima kunjungan Presiden Kelab Ratchaburi,Tanawat Nitikanchana dan keluarganya. Foto Instagram
PEMAIN bola sepak terkaya dunia dimasukkan ke hospital selepas mengalami kecederaan menakutkan ketika perlawanan.
Faiq Bolkiah, 25, anak saudara Sultan Brunei yang mewarisi kekayaan bernilai £15.85 bilion (RM95.64 bilion) dimasukkan sebagai pemain gantian pada separuh masa pertama untuk Ratchaburi ketika menentang Police Tero dalam aksi Liga Thai kelmarin.
Hanya selepas beberapa minit beraksi, dia bertembung dengan pertahanan lawan dan kaki kanannya tersadung sehingga terpaksa diusung keluar padang.
Kecederaan serius itu menyebabkan dia dibawa ke hospital berhampiran.



