Kenapa mahu cari masalah? – Afdlin Shauki tegur pengarah guna elemen lucah dalam drama, filem

Kenapa mahu cari masalah? – Afdlin Shauki tegur pengarah guna elemen lucah dalam drama, filem

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengarah, Datuk Afdlin Shauki berharap pengarah atau penerbit tempatan tidak sewenang-wenangnya menggunakan elemen lucah untuk melariskan drama atau filem yang mereka hasilkan.

Kata Afdlin, tindakan sedemikian akan menambah buruk dan memalit lebih banyak lumpur kepada industri perfileman dan drama tempatan.

“Kenapa mahu mencari masalah sedangkan kita boleh hasilkan filem atau drama tanpa menjentik sensitiviti masyarakat. Tak perlu lagi kita burukkan industri yang sudah pun dilabel ‘lagha’ oleh masyarakat.

“Ikut cara dan budaya kita. Sebagai Presiden Persatuan Pengarah Filem Malaysia, saya galakkan pengarah di negara ini hasilkan cerita yang mereka mahukan tanpa melanggar norma di Malaysia,” selepas Anugerah Telenovela baru-baru ini.

Dalam pada itu, pengarah filem Harimau Malaya: The Untold Journey ini juga menyarankan pengarah filem atau drama tempatan menggunakan kreativiti mereka untuk menyampaikan mesej menerusi penceritaan dihasilkan.

“Contohi filem Iran yang tetap berkualiti meskipun industri mereka penuh kekangan. Mereka buktikan kreativiti membantu dalam keterbatasan menghasilkan filem.

“Kita boleh ikut cara mereka. Tak perlu langgar batas, gunakan kreativiti untuk menyampaikan mesej dalam drama atau filem yang kita hasilkan,” katanya lagi.

Scroll to Top