am@hmetro.com.my
Kuantan: Kerajaan negeri memaklumkan waktu bekerja penjawat awam di Pahang pada setiap Jumaat sepanjang Ramadan tahun ini ditetapkan sehingga 12.30 tengah hari.
Penetapan waktu bekerja itu selaras dengan titah Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penetapan itu turut membabitkan semua jabatan negeri, Pejabat-pejabat Daerah dan Tanah, pihak berkuasa tempatan (PBT) dan badan berkanun negeri.
“Di kesempatan ini, patik merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih ke sisi Kebawah Duli Yang Maha Mula Tuanku atas keprihatinan dan kecaknaan terhadap kesejahteraan patik-patik sekalian.
“Patik pacal-pacal Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku juga akan terus beriltizam untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga negeri Pahang Darul Makmur demi kemakmuran bersama,” katanya dalam kenyataan hari ini.
© New Straits Times Press (M) Bhd




